*SIGH*
Time flies.... sebulan berlalu macam tu je. pejam celik tau2 dah pun sampai ke last weekend untuk together-gether.
Saturday passed in a whirlwind of activities. as usual cik Abe tu last minute baru nak settle macam2; bank la, celcom la, saman la.... eeeh, memang memacam!! tu pun nasib baik masa cuti khamis lalu ada gak la bill2 yang dah dilangsaikan kalau idak lagi FENING sbb you know what happens with loose ends?! haaa, makcik ni gak la yang kena terhegeh2 meny'ettle'nya nanti!! first thing in the morning kitorang serbu celcom seksyen 9 sbb dek kerana isu roaming meroaming, line dah kena bar. sunday pulak dah nak fly off so kena gak la settle one way or the other. cek abe tu ngamuk sebenarnya sbb dia dah batal certain oversea services earlier tapi masih lagi kena caj (nak citer panjang2 pun tak faham sgt lol) and celcom promised to look into it tapi akhirnya ntah apa yang jadi terus bar je line. hard luck for us, it was the 3rd saturday of the month so counter tak buka. nak bayar kat deposit machine, tak sure final figure so kena KIV (read: makcik kena settle).
Pastu njenguk lak kat balai polis seksyen 11 sbb nak semak saman tapi adik guard tu kata, pukul 10 baru counter buka so patah balik kat syedina seksyen 9 for tosei and apom (weh sambal tosei kat situ sedap giler... not the one yg putih kelapa tu but one that's tomato base & spicy). as usual cek abe pekena daging ketul2 besar masak hitam yang dia suka tu, also ikan goreng (yea with tosei... pelik tapi benar lol). pastu tak cukup... tambah capati lak, makan kaw kaw punya hehe, maklum la lepas ni susah skit nak makan best2 (according to him masakan turkmen kurang berperisa). dah sampai nak bangun pun kena sodok baru la kitorang made our way back to the police station. dah masuk pun kawasan balai tenguk2 counter tutup jugak sbb 'offline'. sayup2 terdengar rungutan cek abe... rupa2nya dia dah cek dah 2-3 hari sebelum ni tapi dok 'offline' memanjang. alahai apo nak dikato dah nasib makcik ni agaknya. kalau idak kan senang, bila dah semak tu boleh la dia terus merayu untuk kurangkan skit saman tu, pastu bayar. now its back to me.
Dah dua benda tersangkut ni takut gak la 'mood' cik Abe tu bertukar dari 'lovey dovey' kepada 'grumpy mumpy'... maklum la fuse tu kekadang pendek la gak tapi alhamdulillah, bersemangat lak dia nak tunjukkan branch southern bank yg keluarkan pinjaman avanza kitorang. road tax mati by early november so kena la bersedia awal, lebih2 lagi sbb makcik ni tak brape sure kat mana hala tuju tempatnya (selalunya dia yang uruskan, kita menemankan je tu pun baru sekali). heh, nasib baik gak la pegi round2 kat ss2 tu, memang tak ingat pun the long & winding jalan langsung lol. as usual sambil round2 sambil borak2.... rupanya ada lagi hasrat cik Abe yang dipendamkan untuk saat2 akhir. dia nak cari paraphanelia mobile phone yang kengkawan turkmen dia kirim!!! laaaaa ingat ke semua dah ready!!! so singgah la kat umah sekejap to pick up our lil gal (yang sebelum nih tak nak ikut sbb asyik mengadun tahi mata lol) sebelum merayap kat PAS (plaza alam sentral).
Sementara nak nunggu si daro siap, bertukar pulak plan asal. tak jadi bershopping dulu tapi melencong makan lunch sbb takut tak jumpa barang yang dicari terus tersasar sampai kepetang. sebenornya cik Abe tu dah mula trauma teringatkan peritnya nak dapat makanan yang dia suka kat turkmenistan tu so walaupun kenyang tadi pun tak hilang lagi, ikut je la rentak dia. maklum la orang nak pegi jauh kan. so kitorang pun bertandang la kat restoran kegemaran dia kat area seksyen 13 tu. restoran hassan, kedai kelantan yang agak fames gak la kat taipan subang jaya dah buka branch kat situ. their speciality - ayam kampung goreng panas2. apa lagi cik Abe pun makan la dengan penuh berselera sekali... between the 3 of us habis la 6 ketul chicken halves, siput sedut, sambal petai, masak darat - weh dahsyat gak la. sengkak perut ni tak terkira tapi tenguk yang tersayang tersengeh gumbira maka tanggung aje la kan ;)
Gendang gendut tali kecapi kenyang perut memang senang hati (tapi kalau terlajak boleh terbodoh hik hik). from there kitorang terus tuju ke PAS where the whole of its 3rd floor is dedicated to barang2 telekomunikasi & komputer. wah heaven la pakcik tu macam2 ada tapi turns out, bila dah banyak choice tu lain lak jadinya... kejap2 dok tepon anak jantan sulung dia (yg pakar mende2 camni) untuk advice sampai bengkerk gak la mat/minah yang menjual tu. dan dalam dok singgah sana, singgah sini, tanya tu, tenguk ni, tup tup member siap trade in handphone lagik you!!! dulu masa he got himself a new hp dia pass down to me his nokia 'daun' (tak ingat la model) tapi lately macam bermasalah la skit hp daun tu. rupanya sambil dok beli memory stick/card/whatever yang orang kirim, cek abe tu dok merisik pasal razr baru yg v3i tu. ingat ke memain je tapi siap tanya daun tu laku brape kalau trade in yada yada yada and to make a long story short, bayar RM330.00 dapat motorolla razr v3i baru!!!! heheh hebat gak la sidia tu buat magik.... tapi jangan silap sangka, bukan dapat kat kita pun hp baru tu, dia gak yang guna. kita ni biasa la dapat hand me down lagi, kali ni samsung slide ntah apa ntah. weh la weh samsung pun samsung la, asalkan boleh pakai.... tipah 'tak kisah' (mengikut nada fames si budak aiman hehehe).
Boyed up by his successful bargaining, ringan je la cik Abe tu melayan kami... siap window shopping kat SACC. its something that he hates doing (his usual reaction - amende la you all ni, pusing2 tak gak beli2, sheesh) and normally avoids it like the plaque. seronok anak dara dia dapat merayap ngan her dad, selalunya ngan mama je sbb daddy seringkali MIA main golf (tapi bab tu bebudak dah faham sangat). in fact kitorang tak beli apa2 pun tapi dalam pusing2 tu abahnya yang beli kasut ala2 mocassin kat primavera. mula2 dia teragak2 gak tapi atas desakan his 'women' maka bertambah la koleksi kasut dia. no worries, memang lawa pun kasut tu. last stop was the cold storage where he wanted to get, of all things, aji-no-moto. msg, thats the one thing that i just cant seem to wean him off - "takde maggi (in this case aji-no-moto) tak jadik mak". ish ish dia tak nak cuba pun nak kurang2kan penggunaan benda tu so nak wat camane kan... bukan bebudak nak ditegur lelebih. sidaro lak cepat je tangan tu mencapai sepeket 'fresh strawberries' yang bukan saja segar tapi gemuk2 betui. apa lagi kalau bukan pengaruh pasangan bahagia CT ngan Dato K lol. ya lah nak dip2 in chocolate gitu. akhirnya untuk kitorang yang basically lemah skit bab shopping2 ni kira sakan gak la hari tu.
Sengaja pun bagi peluang & ruang untuk anak beranak tu berbonding sbb i'm not the only one who'll be missing him. daddy's girl dalam senyap2 makan hati dok merindu; the boys pun macam tu gak sbb we're a close-knit family. so the spirit of together-getherness tu kekal sampai ke malam and as usual the last nite saw us all camping reramai sambil temankan babah packing barang2 dia - termasuk la abang long yang balik dari tanjong malim petang tu. as for AI kat alor gajah tu walaupun tak balik, he's only a phone call away and always close to our hearts.
Of course sunday morning tiba jua and by 7.30 am dah sampai pun kat KLIA. walaupun i'd rather stay till the very last moment to see him off tapi respecting his wishes, kitorang dengan berat hatinya just dropped him kat departure area tu je ("tak yah la tunggu sbb sedap skit hati abah bila dengar you all selamat sampai kat rumah sebelum abah bertolak"). masa dia nak sarongkan jacket ke badan, baru la kitorang perasan yang kasut baru cik Abe tu matching habis ngan leather jacket dia. wah tersengeh panjang abahnya dapat pujian (hensem ala2 hero hindustan gitu) tapi sidaro tu awal2 lagi siap warning, jangan ngorat2!! heheh dah tua2 ni tak payah nak bising2 sbb dah ada orang take over - in fact lagi brutal dari mama dia nampaknya. sempat la sedapkan hati yang tersayang sebelum dia berlepas bila kitorang 3 beranak sampai kat shah alam dengan selamat. lepas tapow breakfast terus balik rumah sambung tido.
SUNYI sesunyi2nya.
Sunday, August 20, 2006
Alone again.. unnaturally
Posted by Justiffa at 10:12 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment