... by maghrib, it will be israk mikraj again and time to commemorate our beloved prophet's journey & ascension to the heavens.
When we mention israk mikraj to the kids they seem to view it almost like a fairy tale (they also treat stories of their parents childhood the same way but thats beside the point eheh). i'm sure they're not taking our prophet lightly but maybe because it happened so long ago and in such an incredible way. which is rather unfortunate because by doing so they miss the significance of the event.
Maybe we shouldnt approach the subject in the usual manner by reciting the event per se. maybe we should spark their interest by injecting a little bit of science into it.
Quoting from a forum:
Apa yang perlu dan penting sekali bagi umat Islam perpanjangkan kisah realiti ini ialah pengaplikasiannya dan pengadaptasian pengetahuan hasil anugerah terhadap Nabi SAW ini dalam aspek sains dan teknologi, sains angkasa, kosmologi dan sebagainya yang akhirnya boleh menyumbang kepada kemajuan tamadun Manusia. Sekadar menyebut beberapa contoh sahaja sebagaimana di bawah.
Burak - adalah suatu perlambangan kenderaan terpantas meneroka angkasa lepas. Orang Barat menggunakan kenderaan angkasa untuk meneroka planet Marikh contohnya, mengambi masa beberapa tahun untuk pergi dan kembali.
Masa - masa di sisi Tuhan adalah panjang berbanding masa dunia. Rasulullah SAW meneroka 7 lapisan langit hingga menemui Tuhannya dalam masa satu malam sahaja.
Alam - adalah 'ma siwallah-apa atau sesuatu selain Allah keluasannya tidak terkira. ' ... ketika baginda melihat dengan mata batin dari sidrat al-muntaha ke alam ini. (Husein Haikal, 1989, hlm.157). Hal ini sudah pasti pada masa itu boleh melihat keseluruhan bumi ini yang bulat bentuknya.
Aspek-aspek sains dan teknologi - serta keilmuan lain seperti aspek perubatan, kisah-kisah masa depan, hirarki sesebuah kerajaan dan sebagainya
Cukuplah sekadar membayangkan beberapa contoh sahaja panduan ketamadunan hasil dari reality peristiwa israk dan mikraj ini kepada kemajuan ilmu serta sains dan teknologi. Sebenarnya banyak lagi panduan ketamadunan yang boleh diambil dari kisah israk dan mikraj ini dalam banyak aspek ilmu pengetahuan. Kalau kita meneliti banyak pembikinan filem Hollywood sebagai contoh lain, sebenarnya jika diselidiki akan menyerlahkan suatu pengadaptasian dari kisah israk dan mikraj ini. Orang Barat juga begitu maju dalam bidang sains angkasa, sedangkan cetusan mengenai sains angkasa dan penerokaan angkasa lepas itu telah dicetuskan sedemikian lama oleh baginda SAW melalui peristiwa Israk dan Mikraj.
Sebagai kesimpulannya peristiwa Israk Mikraj adalah suatu kejadian yang benar-benar berlaku dalam sejarah kehidupan Nabi SAW yang menjadi suatu anugerah kebesaran baginda SAW sebagai kekasih Allah dan nabi Akhir zaman. Peristiwa ini banyak mendatangkan kesan kepada kehidupan beribadat, bermasyarakat dan kehidupan keilmuan umat Islam dan manusia keseluruhannya.
Dalam kehidupan beribadat, Solat contohnya, adalah ibadat terpenting yang diterima oleh baginda SAW secara terus dari Allah SWT. Dalam kehidupan bermasyarakat pula, segala peristiwa yang disaksikan oleh Nabi SAW mengenai keburukan mengumpat, riba, perbuatan zina dan sebagainya adalah mampu membentuk masyarakat berperadaban dan berharmoni. Akhir sekali peristiwa ini banyak mencetuskan dan membuka jalan kearah penerokaan pelbagai ilmu sains dan teknologi seperti kemajuan sains angkasa dan seterusnya menjadi panduan kepada ketamadunan manusia.
Wallahu a'lam
----------------------------------------------------------
... and by mid-night tonite, my sweet sentimental baby will be turning 16!! gawd where did the time go? dah besar rupanya dara mama ni ek ;)
Ooh and to the thousands of chelsea fans (go ballack go hikhik) who'll be thronging the shah alam stadium tonite, do take a minute to reflect on the myriad of experiences that our prophet (saw) went through that memorable night so many many years ago.
Semoga kita sama-sama mendapat berkat & rahmat yang berterusan dariNYA, insyallah.
Tuesday, July 29, 2008
Israk Mikraj
Posted by Justiffa at 10:52 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment